Sabers' Prefects. Powered by Blogger.

PMR 2009

aslkm. kat sini kami ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada pelajar tingkatan 3 SBPI Sabak Bernam kerana telah berjaya menaikkan prestasi dalam Penilaian Menengah Rendah(PMR). kami juga ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana rank sekolah kita masih yang terbaik di daerah Sabak Bernam. tetapi, kita masih lagi bukan di kedudukan yang terbaik dalam tahap SBP seluruh Malaysia yang diterajui oleh Sekolah Seri Puteri(SSP). walau bagaimanapun, ini masih lagi pencapaian yang agak membanggakan dan diharap pelajar tingkatan 3 pada tahun hadapan dapat menaikkan dan mengharumkan nama sekolah di persada negara. InsyaAllah. dengan itu, kami, pelajar tingkatan 3 2010 ingin memohon ampun dan maa f kepaa semua pihak termasuk guru dan pelajar dan doakan kejayaan kami pada tahun hadapan. kami akan berikan yang terbaik dan termampu oleh kami. moga diizinkan Allah. sekian, wassalam.

Setiausaha,
Pelajar Tingkatan 3 2010,
Merangkap Wakil Badan Kepimpinan Pengawas 09-10
SBPI Sabak Bernam.
..............................................
(M. FAIZ FAHMI MUSA)

tentera Dajjal




'Mind Control'. Protocols of The Elders of Mindcontrol ini adalah senjata Dajal untuk merosakkan umat manusia khususnya umat Islam. Tanpa kita sedari 'senjata' ini menyusup masuk ke dalam kehidupan seharian kita. Anak-anak kecillah yang paling mudah untuk di'mind control' kan oleh mereka kerana minda mereka masih mudah untuk dibentuk. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pelbagai medium digunakan untuk menjalankan rancangan jahat lagi keji ini. Antara cara yang paling berkesan digunakan kepada kita semua khususnya adik-adik dan anak-anak kecil kita ialah melalui buku-buku, filem, televisyen, iklan, musik dan sebagainya dengan memasukkan mesej tersembunyi 'subliminal message'.

All Seeing Eye


666


Mc Donald Logo



Masih tidak nampak? Saya tolong putarkan 90 darjah. No 13.

SEX




Perasankah anda semua semakin hari moral remaja semakin rosak? Tidak perlu saya ulaskan di sini tentang keruntuhan moral remaja zaman sekarang kerana saya percaya anda semua tahu tentang perkara ini. Anak-anak luar nikah dibuang seakan perkara biasa dan seakan kita kembali ke zaman jahiliah! Kenapa perkara ini terjadi? Inilah penangan New World Order!

Bagaimana kawalan minda ini menjadi satu senjata ampuh untuk menjadikan seseorang itu tergolong dalam golongan mereka? Untuk menjawap persoalan ini kita kembali kepada asas diri kita. Dan semuanya berkaitan dengan
ROH kita. Saya sarankan anda menonton video di bawah ini untuk memahami perkara ini secara lebih lanjut. Alhamdulilah video dari Siri The Arrival ini telah disarikatakan Bahasa Melayu dan saya percaya tiada masalah untuk memahami mesej yang ingin disampaikan dalam video di bawah ini.



Untuk melaksanakan program ini, Dajal memerlukan pasukan tentera yang mantap. Antara organisasi dan individu yang terlibat dengan program ini ialah Central Intelligent Agency (CIA), Illuminati, Disney, Cisco Wheeler, Illuminati, Nickelodeon, Joseph Mengele dan banyak lagi. Program ini juga tidak terlepas dari penglibatan occult atau kegiatan kerohanian. Satanic Ritual Abuse (SRA), Illuminati occult, New Age occult, Yoga and Chakras, Secret Doctrin dan Necronomicon adalah antara occult yang terlibat dalam program ini.



Diharap dengan sedikit pendedahan tentang kawalan minda ini, anda dapat memahami sedikit sebanyak apa yang akan saya dedahkan selepas ini. Jika mahu diulas tentang program mind control secara menyeluruh, mungkin agak panjang kerana ia melibatkan banyak medium seperti filem, musik, iklan, buku dan segainya jadi elok kiranya untuk artikel ini saya ulas satu persatu bagi memudahkan anda semua dapat menerima maklumat-maklumat ini dengan lebih baik, tidak secara terkejut.

Dan apa yang mahu saya dedahkan kepada anda untuk kali ini ialah berkenaan mind control melalui buku-buku bacaan khususnya buku bacaan kanak-kanak yang sering dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak kecil tanpa mengetahui buku itu sebenarnya adalah alat untuk 'kawalan minda' Dajal. Pengalaman ini telah dialami oleh seorang kawan saya, yang juga adalah krew Free Our Mind.



Ceritanya bermula apabila bapa beliau secara tidak sedar telah membeli buku-buku tulisan Madonna untuk adiknya yang berumur 9 tahun. Seperti yang mana kita tahu Madonna adalah salah seorang 'tentera dajal' yang begitu berpengaruh di seluruh dunia. Madonna tidak menganut sebarang agama tetapi seorang yang percaya kepada Kabbalah. Apa itu Kabbalah?



Secara ringkasnya dan mudahnya Kabbalah ini adalah Sihir Kuno Yahudi. Berasal dari perkataan Ibrani iaitu 'qibil' yang bermaksud menerima dan Kabbalah bermaksud menerima dokrin okultisme (ilmu sihir) rahsia. Oleh kerana ditindas selama beribu-ribu tahun oleh bangsa lain, bangsa Yahudi telah mengamalkan sihir ini untuk mempertahankan kewujudan mereka meskipun bertentangan dengan akidah yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s. Pada mulanya ajaran sesat ini disebarkan dari mulut ke mulut oleh pendita tinggi kepada ahli bawahannya tetapi selepas berakhirnya pemerintahan Rom ke atas Palestin mereka memutuskan untuk ditulis di atas papyrus berupa 'scrol' agar ajaran ini tidak hilang dan dapat diwarisi kepada keturunan Yahudi seterusnya. Dan kitab Kabbalah terbahagi kepada dua iaitu, 'Sefer Yetzerah' (Kitab Genesis, tentang Penciptaan Alam Semesta), dan 'Sefer Zohar' (Kitab Keagungan).

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Al-Baqarah 102





Berbalik kepada buku tulisan Madonna tadi, di dalam satu set, ada 3 buah buku yang bertajuk The English Roses, Mr. Peabody's Apples, dan juga Yakov And The Seven Thieves. Buku-buku ini adalah buku cerita kanak-kanak dan ianya telahpun masuk ke pasaran Malaysia. Dan apa yang membuat beliau kurang senang adalah buku Yakov And The Seven Thieves. Menurut beliau dari apa yang beliau baca, buku itu berkisarkan tentang seorang keramat kononnya yang mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan malaikat(angel). Mungkin ada unsur-unsur Kabbalah diselitkan di dalam buku ini. Berikut adalah kesimpulan kandungan buku itu hasil pembacaan beliau.

Yakov adalah seorang tukang kasut dan mempunyai seorang anak bernama Mikhail yang mengalami penyakit misteri, tidak dapat bangun malah langsung tidak dapat memberi apa-apa respon jika ditanya apa-apa. Jadi isteri kepada Yakov sangat sedih dan sarankan Yakov supaya berjumpa dengan seorang tua dipinggir kampung yang katanya boleh berbicara dengan malaikat. Maka Yakov pergi ke rumah si tua tersebut dan nyatakan hasratnya dan si tua kata Mikhail susah untuk diselamatkan kerana malaikat maut sedang menghampirinya. Namun dia berkata akan cuba untuk berdoa dan berbicara kepada malaikat untuk menyembuhkan Mikhail.

Keesokan harinya Yakov kembali ke rumah si tua untuk bertanya mengenai doanya. Dan si tua kata dia berdoa dan hampir sampai ke pintu syurga namun pintu syurga dikunci dengan ketat. Maka bermakna dia tidak dapat berbicara dengan malaikat. Yakov makin susah hati dan akhirnya si tua berkata dia ada satu cadangan dan menyuruh Yakov balik ke rumah dahulu dan orang tua menyuruh cucu nya kumpulkan 7 orang penjahat yg terdiri daripada penyamun,peragut,kaki pukul,gangster dan sebagainya datang ke rumahnya dan berdoa bersama supaya Mikhail kembali sihat.

Dan hasilnya Mikhail kembali sihat. Cucu si tua bertanya kenapa orang tua itu mengajak orang jahat supaya berdoa bersama dan si tua hanya berkata penjahat yang bagus memang pandai melakukan kejahatan dengan membuka segala jenis kunci ketika mencuri. Jadi kali ini mereka berjaya membuka pintu syurga dengan doa. Kiranya jika orang jahat berubah membuat perkara baik nescaya doa mereka mungkin didengar dan berlaku keajaiban. dan kemudian kunci syurga dapat dibuka dan si tua dapat berkata-kata dengan malaikat untuk menyelamatkan Mikhail.

Sekali baca mungkin anda mengatakan cerita ini ada pengajaran iaitu untuk menasihati budak jahat menjadi baik. Tetapi tidakkah kita terfikir jika cerita sebegini jika diceritakan kepada mereka, akan mengakibatkan kepercayaan mereka turut sama berubah? Apa yang tersirat di dalam cerita ini?

Adakah kita dapat menangguhkan kematian kita dengan doa penjahat sedangkan kita semua tahu bahawa kematian kita tidak diawalkan dan dilewatkan walau satu saat oleh Allah s.w.t.

Adakah kerana penjahat tadi pandai membuka pelbagai jenis pintu ketika mencuri, doa mereka dapat membuka kunci syurga?

Tidakkah semua ini MENGARUT dan jika dibacakan kepada kanak-kanak mereka akan terus percaya tanpa mempersoalkannya seperti orang dewasa. Inilah rancangan-rancangan jahat mereka yang telah dilaksanakan untuk kita. Jika kita peka dan tahu tentang rancangan-rancangan jahat ini, Insya Allah kita dapat menghindarkannya berlaku kepada kita, keluarga dan kawan-kawan kita.

Buku itu juga mengandungi lambang
'The All Seeing Eye'! Tidak percaya atau ragu-ragu? Saya sediakan bukti gambar-gambar di bawah yang diambil sendiri oleh kawan saya itu.















lagi2 harry potter


Anak perempuan yang bernama Hermione (baca: Ermaini) itu mabuk. Temannya, Neville, menyiapkan botol minuman. Ron Weasley, si rambut merah, sedang mencicipi anggur memabukkan. Sedangkan Harry Potter berpesta khammer (khamar) dengan guru-gurunya.

Itulah salah satu gambaran yang mendominasi setiap filem Harry Potter, termasuk juga keluaran terbarunya, Harry Potter and The Half Blood Prince. Alkohol menjadi pemandangan yang cukup serasi. Dari satu gambar ke gambar yang lain, semua karakter di Harry Potter terlihat begitu dekat dengan minuman keras, baik para murid atau pun guru-gurunya sendiri. Ketika sedih ataupun gembira.

Filem yang diangkat dari novel karya J.K. Rowling dengan judul yang sama ini memang berjalan seiring usia para pemegang wataknya sendiri. Tidak seperti pada siri pertamanya, filem (dan novel) Harry Potter ke-6 ini sama sekali bukan filem keluarga. Banyak adegan percintaan yang muncul, seperti ciuman dan kehidupan dugem karakternya di kelab-kelabmalam. Namun pemandangan minum khammer itu sangat kasar. Di filem-filem sebelumnya memang ada juga, namun dalam filem ini, levelnya jauh meningkat.

Dalam salah satu adegan, Harry, Ron, dan Hermione berpesta bir di pub, dan Hermione mengakhirinya dengan teler berat dan pulang dengan terpaksa dipapah oleh kedua teman laki-lakinya.

Inilah yang kini dikhuatirkan oleh para orang tua di AS dan Barat sana. Liz Perle, ibu dari dua orang anak dan pemimpin redaksi Common Sense Media yang intens membahas isi web dan filem yang ditujukan untuk anak-anak, mengatakan bahawa menegok alkohol dalam filem Harry Potter begitu mekanik. Ertinya ia memang disusun sedemikian rupa. “Hermione adalah seorang gadis belia yang ketat, namun ia bebas minum khammer.” Ujarnya, “Pesannya sangat jelas, khammer membuat anda berani meletakkan tangan anda pada lelaki yang anda kenal.”

Orang tua lainnya juga berpikiran sama. Daniel Isaacs, seorang pelaku dalam industri iklan di New York, berkata, “Nilai-nilai universal Harry Potter bukan budaya kita. Mencoba meletakkan norma-norma AS tahun 2009 pada filem sangat bodoh.”

Para pendidik mengingatkan para orang tua tentang (bahaya) edukasi alkohol dalam Harry Potter, baik filem ataupun novelnya. Barat dan AS memang mempunyai perbezaan dalam urusan menegok bir. Misalnya, Brirain membolehkan anak 18 tahun untuk minum. Tahun 2007, sebuah kajian di Jerman menyatakan 5,600 remajanya kecanduan minuman akibat doktrin dari filem Amerika.

Warner Brothers, yang mengeluarkan filem ini, mengatakan bahawa adegan mabuk dalam filemnya memang mengundang banyak interpetasi. “Kami hanya mengikuti senario yang ditulis Rowling.” Demikian pernyataannya melalui e-mel. Sedangkan Rowling sendiri menolak untuk berkomentar.

Alison Turner, seorang ekspatariat Britain yang memiliki perniagaan internet di Florida, AS, mengatakan, “Konteks filem ini tidak nyata. Tak ada sekolah sebenar, guru sebenar, ataupun murid sebenar. Jadi, minum bir itu juga bukan sebenar. Saya kira, bahkan anak-anak tidak tahu apa bir itu sesungguhnya.” (sa/nyt)




harry potter, masonic conspiracy



Harry Potter. Siapa tidak kenal dengan watak kegemaran kanak-kanak dan remaja ini. Berkaca mata dan mempunyai kebolehan sihir adalah tanda pengenalan watak ini. Novel-novel dan filem-filemnya menjadi kegilaan ramai sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata ingin memiliki koleksi novel tersebut. Tidak kurang juga kanak-kanak yang berangan ingin menjadi seperti Harry Potter suatu hari nanti dengan kemahiran sihir dan penyapu terbangnya. Inilah antara Mind Control The Hidden Hand yang paling berjaya!

Siri Harry Potter yang menjadi bacaan dan tontonan ramai ini sebenarnya penuh dengan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah. Mungkin ada di antara kita yang perasan dengan perkara ini dan mungkin ada juga yang langsung tidak ambil endah dan tidak perasan, yang penting siri Harry Potter ini menghiburkan. Jika saya adalah The Hidden Hand, sudah pastilah saya akan rosakkan pemikiran kanak-kanak dan remaja dengan pelbagai unsur-unsur sihir dan mistik yang secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran mereka. Tetapi saya tidak boleh merosakkan pemikiran mereka secara terus terang, sudah pastilah saya akan menggunakan medium tertentu seperti Harry Potter yang diminati dan dipuja ini. Mesej tersembunyi di sebalik jalan cerita yang menarik.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu Kabbalah? Sebelum ini saya sudah jelaskan sexara ringkas tentang Kabbalah atau Sihir Kuno Yahudi ini. Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang Harry Potter, elok kiranya jika kita menyelidiki biodata penulis siri ni, JK Rowling. Nama sebenarnya ialah
Joanne "Jo"Murray. JK Rowling ini adalah nama penanya. Dia dilahirkan di Chipping Sodbury, England pada 31 Julai 1965. Semasa kecil minatnya dalam bidang penulisan sudah terserlah apabila dia telah menulis cerita pada usia 5 tahun. Ketika dia berusia 4 tahun, keluarganya berpindah Winterbourne dan di sinilah dia mempunyai seorang jiran bernama Potter yang kemudian dijadikan nama watak utama bukunya.



Dia cuba melanjutkan pengajian ke University Of Oxford tetapi gagal dan kemudian telah melanjutkan pengajian di University Of Exeter mengambil jurusan Bahasa Perancis. Selepas berpisah dengan suami pertamanya, dia membawa membesarkan anak perempuannya seorang diri dan menumpang di rumah adiknya, Diana di Edinburgh, Scotland. Dan di Edinburg jugalah dia telah menyiapkan buku Harry Potter pertamanya, Harry potter And Philosopher's Stone.

Dari maklumat-maklumat di atas, di sini kita dapat 2 kata kunci iaitu
Edinburgh, Scotland dan University Of Exeter.

Mungkin ada di antara pembaca yang sudah dapat mencantumkan kata kunci ini, mungkin ada yang masih mencari-carinya. Tidak mengapa, mari sama-sama kita menyelesaikan kata kunci ini.

Kata Kunci Pertama- Edinburgh


Edinburg adalah kota terletak di barat Scotland. Kota ini adalah tanah penyelamat pendatang atau pelarian Knight Of Templar yang telah diburu oleh Pope Clement V dan Raja Philip (Raja Perancis) pada 1307. Pada ketika ini, Scotland adalah satu-satunya wilayah di Eropah yang berada di luar kekuasaan Vatican dan tanah inilah yang paling sesuai dipilih oleh Templar untuk tmenyelamatkan diri dan meneruskan agenda rahsia mereka.

Kahadiran mereka telah diterima secara terbuka oleh Raja Scotland masa itu iaitu, Robert de Bruce. Dan mereka telah mewujudkan pertubuhan rahsia dari sisa-sisa Knight Of Templar itu yang dikenali sebagai
Freemason. Mendukung misi yang sama, tetapi nama yang berlainan. Sehingga ke hari ini, Freemason telah mengawal dunia dari segala aspek ekonomi, saintifik, ketenteraan dan banyak lagi. Pertubuhan rahsia ini berselindung di sebalik Pertubuhan Persaudaraan dan ahlinya terdapat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia sendiri. Sila rujuk post-post saya sebelum ini untuk maklumat Freemason di Malaysia.



Di sinilah para Mason bebas mengamalkan sihir Kabbalah tanpa tentangan dan dibina Rosslyn Chapel yang terkenal di kalangan ahli-ahli Mason dan Rosicrusian. Rosslyn Chapel telah dibina Willian Sinclair. Di seluruh Rosslyn Chapel, terdapat unsur-unsur Masonic yang jelas kelihatan di dinding-dinding. Penulis buku Rosslyn And The Grail iaitu Mark Oxbrow dan Ian Robertson berpendapat ukiran di dinding Rosslyn Chapel adalah diambil dari ukiran dinding Temple Solomon. Rosslyn itu sendiri berasal dari bahasa Gaelic yang bermaksud pengetahuan kuno yang diwarisi generasi ke generasi.

Rosslyn Chapel





Kata Kunci Kedua- University Of Exeter


JK Rowling pernah menuntut di sini selama 4 tahun. Jika kita lihat moto universiti ini sendiri Lucem Sequimur yang bermaksud We Follow The Light. Mungkin rata-rata kita menganggap Light itu adalah ilmu tetapi dalam paganism-codex light itu adalah Lucifer/ Iblis.

Universiti ini juga menawarkan pengajian Olkutisme dan Paganisme kepada mahasiswanya. Dan semasa menuntut di sini, JK Rowling tidak hanya mempelajari bahasa Perancis malah turut sama menuntut dalam bidang ini. Program ini dinamakan 'Western Esotericism' di bawah HuSS
(School of Humanities and Social Sciences).
Antara modul-modul pembelajaran di bawah program ini ialah:
1. Alexandrian Hermetism

2. The Hermatic Art Of Alchemy

3. Kabbalah

4. Rosicrucianism and Freemasonry

5. Theosophy and Esotericism

6. The Esoteric Body

7. Sufism And Islamic Devotional Study

8. Heretics And Mystics Language
9. Withcraft In History

10.The Disenchangement Of The World Society And The Supernatural In Early Modern Europe


Jadi jelaslah di sini JK Rowling bukanlah ibu tunggal yang berbakat menulis cerita kura-kura dan arnab, tetapi jauh lebih hebat dari itu. Dengan pengetahuan yang ditimba semasa di universiti beliau telah memasukkan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah dalam cerita fantasi rekaannya itu. Karyanya boleh diibaratkan seperti 'The Handbook Of Occult' tetapi dalam versinya sendiri dengan lebih 400 juta naskhah terjual di seluruh dunia. Novelnya begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang dan ritual okultisme sihir seperti Minerva McGoganall, Mirror Of Erised, Quidditch dan banyak lagi. Secara tidak langsung mendedahkan kepada kita tentang sihir-sihir yang dilarang oleh Allah.


Tentang jalan cerita Harry Potter rasanya tidak perlu saya ulaskan di sini kerana jalan ceritanya terlalu panjang untuk diulas. Rasanya elok juga jika didedahkan asal nama watak-watak dalam cerita ini yang saya yakin ada kaitan dengan okultisme dan paganisme.

Harry Potter
Harry Potter adalah watak utama dalam cerita fantai ini. Harry bermaksud 'Panglima Perang' dan Potter diambil konon-kononnya bekas jiran JK Rowling

Ron Weasley

Ron Weasley adalah kawan baik Harry Potter dan Hermione. Ron juga boleh diterjemahkan sebagai Running Weasel yang berkaitan dengan jaguh catur pada kurun ke 6. Ron juga bermaksud Penasihat Raja.
Hermione Granger

Hermione adalah kawan baik Harry Potter bersama Ron. Namanya bermaksud Pembawa Pesan dan dalam mitos Yunani adalah Messenger Of Gods yang juga dikenali sebagai Hermes.

Albus Dumbledore


Albus membawa makna Putih dan Dumbledore adalah dari bahasa Inggeris Kuno yang bermaksud lebah besar yang berbulu.

Minerva McGonagall
Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan, Kesenian, Sihir, Perdagangan dan Seni Perang bagi masyarakat Rom. Manakala McGonagall bermaksud berani.
Sirius Black
Sirius adalah bintang berbentuk anjing yang paling terang di angkasa. Hampir semua ahli keluarga Sirius Black dinamakan sempena nama bintang, Bellatrix, Regulus, Andromeda dan Draco. Bintang-bintang memainkan peranan penting dalam ritual Kabbalah dan Mesir Kuno.

Lucius Malfoy

Lucius juga adalah nama lain bagi Lucifer/Iblis. Namun bagi penyembahnya, Lucifer bermaksud Sang Cahaya, begitu juga dengan Illuminati.


Secara tidak sedar cerita sebegini akan mencemari minda kita dengan sihir-sihir tanpa kita sedari. Tidak cukup dengan novel, filemnya juga terus mendapat sambutan hebat dari seluruh dunia. Mereka telah men'program' minda kita tanpa kita sedari, dengan sihir kita akan dapat apa yang kita ingini. Inilah hakikat sebenar yang sedang terjadi. Sedangkan kita sedia tahu sihir itu adalah haram dan ditegah oleh Allah untuk mengamalkannya atau mempelajarinya, Secara tidak langsung dengan cerita sebegini kita telah mempelajari sedikit sebanyak tentang sihir atau magic ini.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Al-Baqarah 102

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
An-Nisa 48

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

An-Nisa 116


“Kami pada zaman jahiliah dahulu mengamalkan jampi, lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu mengenai hal itu?” Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Perlihatkan kepada ku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik.”
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)



hari-hari ada perjumpaan. tapi........



1. Memulakan majlis dengan memuji dan memuja Allah swt serta berselawat ke atas Nabi saw. Seperti menyebut: الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله atau seumpamanya.
2. Tidak memperkatakan di dalamnya melainkan kebaikan sahaja. Sabda Nabi saw: من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فليقل خيراً، أو ليصمت Maksudnya: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata perkata yang baik ataupun dia senyap.”
3. Tidak duduk diantara dua orang melainkan dengan izin mereka berdua berdasarkan hadith: لا يحل لرجل أن يفرق بين اثنين إلا بإذنهما Maksudnya: “Tidak dihalalkan bagi seorang lelaki, dia duduk antara dua orang lelaki (di dalam sesuatu majlis) melainkan dengan keizinan mereka berdua.” (al-Albani: Hasan Sahih, Sahih Abi Daud. Ahmad Syakir: Sanadnya Sahih, Musnad Ahmad)
Tidak boleh seseorang datang di dalam sesuatu majlis kemudian dia arahkan orang lain bangun lalu dia mengambil tempat orang tersebut. Perbuatan ini jelas dilarang oleh Nabi saw di dalam hadith baginda: لا يقيم الرجلُ الرجلَ من مجلسه ثم يجلس فيه Maksudnya: “Jangan seorang lelaki membangunkan seorang lelaki yang lain dalam majlisnya, lalu dia duduk ditempat lelaki tersebut.” (al-Bukhari) Di dalam hadith yang lain: نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يقيم الرجل أخاه من مقعده ويجلس فيه . قلت لنافع : الجمعة ؟ قال : الجمعة وغيرها Maksudnya: “Nabi saw melarang seorang lelaki membangunkan saudaranya dari tempat duduknya, lalu dia duduk di situ.” Aku bertanya kepada Nafi’: “(larangan itu) ketika solat Jumaat?” Jawab Nafi’: “Ketika solat Jumaat dan selainnya.” (al-Bukhari).
4. Meluaskan majlis agar semua yang terlibat dapat ikut serta
5. Memelihara lidah dari perkataan-perkataan yang menyakiti orang lain
6. Menutup majlis dengan membaca kafaratul majlis. Sabda Nabi saw: ‏من جلس في مجلس فكثر فيه ‏ ‏لغطه ‏ ‏فقال قبل أن يقوم من مجلسه ذلك سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك إلا غفر له ما كان في مجلسه ذلك Maksudnya: “Sesiapa yang berada di dalam majlis, banyak di dalamnya perkataan-perkataan lagha atau dosa, lalu sebelum bersurai dia membaca: سُبْحَانَكَ اللّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أشْهَدُ أنْ لَا إلهَ إلَّا أنْتَ أسْتَغْفِرُكَ وَأتُوْبُ إلَيْك Maksudnya: “Maha suci Engkau Ya Allah dan dengan pujian kepadaMu, aku bersaksikan bahawa tidak ada ilah melainkan Engkau, aku memohon ampun kepada Engkau dan aku bertaubat kepada Mu.” (Al-Bukhari)
Wallahu a’lam.

pemimpin?? ape maksudnye ye?




Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.
Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.Di dalam masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu, konsep malu alah boleh di gunakan untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerjanya.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpni,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.
Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.
Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.
Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ia di mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.
Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

syarat2 kepimpinan berkualiti


Alhamdulillah.Hari ini ana berkesempatan berkongsi sedikit ilmu...
Syaratnya:
  • Berani dan bersedia menanggung risiko.
    • keberanian berasaskan pertimbangan rasional dan ilmu
    • surah al-imran(159)
[159]
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

  • Penghayatan budaya ilmu
    • mempunyai ilmu yang mantap dan menyampaikannya
    • surah al-a'laq(1-5)
[1]

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4]
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5]
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.


  • Memiliki sahsiah yang baik.
    • pemimpin memcerminkan masyarakat.
    • bersih,amanah,cekap
    • kepempinan melalui teladan
    • penerapan nilai2 islam
Setakat itu shj dari saya.Harap dpt dipraktikkan dlm kehidupan.

pemimpin@terpimpin@memimpin

aha








...assalamualaikum..sekali lagi kita bertemu dalam coretan blog kami


ahaks..satu ttajuk yan menarik buat kita
1.adakah kita ini pemimpin?
2.adkah kita terpimpin?
3.adakah kita memimpin?
persoalan pertama>>>>>>>><<<<<<<<<
adakah kita ini pemimpin??
tanyakan diri antum,kita ini pemimpin yang bagaimana?
baik??




buruk??
jahat??
gila kuasa??
dan seorang pemimpin perlu ada personaliti ....
personaliti??yang bagaimana???
tanya diri antum kembali??
ana nak punya personaliti yang bagaimana??
tegas??




sporting??
macho??
pendiam tapi pegang prinsip diam ubi berisi..
sebenarnya ia terpulang kepada diri kita..
dan the most urgent things yang setiap pemimpin mesti ada ialah visi dan misi


kadangkala antum tersalah tafsir yang menyebabkan perspektif antum tentang
visi dan misi ini adalah sama
sebenarnya....visi ini ialah sesuatu yang kita hendak capai 5-10 tahun akan datang'
manakala misi ini pula ialah apa yang kita berkehendak untuk buat untuk tempoh
1-4 tahun yang akan datang yang mne hasilnya menyebabkan kita dapat mencapai
visi kita...
2.adakah kita terpimpin ???
soalan ini perlu disuarakan jika ada pemimpin yang memandang lekeh terhadap pimpinannya
'setiap manusia bertanggungjawab atas pimpinannya'
maksudnya di sini pemimpin tersebut tidak mengambil kesah akan pimpinannya..
senang cerita x ambil tahu..
jadi kalau perkara ini berlaku,orang yang dipimpin berhak menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara menegur dengan berhikmah
3.adakah kita memimpin??
persoalan ini selalu timbul dalam benak pemikiran ana.
...ok....kita teruskan..
cara nak tahu kita ini memimpin atau tidak perlu kiat lakukan dua cara
1.kita rancang dan kita lakukan dengan apa yang dirancang
2.menanyakan soalan ini kepada anak buah kita....secara personel (lebih afdal)
k....sampai situ sahaja...
salam..


sebelum itu fikirkan lah begini dalm diri anda




...Aku terus berfikir adakah aku Pemimpin yang Terpimpin atau Pemimpin yang di Pimpin.





Kalau aku ni tergolong dalam Pemimpin yang Terpimpin, sape pimpinan aku... tapi kalau aku ini Pemimpin yang di Pimpin, sama pula yang memimpin aku...





Pemimpin @
Terpimpin @
Memimpin

Facebook Twitter RSS