Sabers' Prefects. Powered by Blogger.

'indoor game' satu kemudahan atau kelekaan

assalamualaikum w.b.t.

di sini kami dari BKP ingin mempersoalkan tentang tindakan MKD membuat 'indoor game'. terdapat banyak permainan yang dibeli dan digunakan di asrama. contohnye seperti fussball, construct and destroy game dan sebagainya. namun, apakah kebaikannya lebih daripada keburukannya. kita sudah sedia maklum bahawa asrama adalah tempat untuk kita berehat. tetapi dengan adanya 'indoor game' ini, para pelajar menjadi agak leka dan khayal. saya sangat terkedu apabila para pelajar sanggup bermain 'indoor game' ini sehingga lewat malam walaupun esoknya hari peperiksaan. inilah yang menyebabkan pelajar sering penat kerana tidak mendapat rehat yang cukup dan sudah semestingnya akan menjejaskan prestasi akademik para pelajar. saya bercakap ini bukan untuk mengatakan bahawa ;indoor game' itu tidak dibenarkan tetapi pengunaannya seharusnya dihadkan. contohnya, para pelajar boleh menggunakan semasa hari minggu sahaja. dengan itu, ia tidak akan mengganggu masa rehat pelajar. harap MKD dapat mempertimbangkan cadangan saya ini. ini semua adalah untuk kebaikan kita bersama.

wassalam.

salam Maulidur Rasul


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


kami dari Badan Kepimpinan Pengawas SBPISB sesi 2009-2010 ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada seluruh pengunjung blog dan para pelajar SBPISB khususnya. semoga kita senantiasa mengenang jasa Rasulullah S.A.W. dalam usaha untuk menjadikan umat Islam yang terbaik di kalangan agama-agama yang lain. Dan kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti selama 4 hari ini. gunakanlah cuti anda sebaik mungkin. tidak dilupakan juga ujian selaras 1 yang diadakan pada 22 hb hingga 25 hb yang lepas. semoga kita semua lepas PNG dan tidak tergolong dalam pelajar2 kepungan. doakan kami juga ye. InsyaAllah, PMR dan SPM pada tahun ini akan melonjak naik. Di samping usaha yang tinggi menggunung, selitkan juga perasaan tawakal supaya kita akan mendapat keberkatan ilmu dan hidup di dunia dan akhirat.

bacaan Al-Mulk















baiklah, untuk pengetahuan semua pelawat, bacaan Surah Al- Mulk akan dibuat setiap malam sebelum 'light off'. seperti yang kita sedia maklum, Surah ini mengandungi banyak fadhilatnya. antaranya ia boleh menghalang gangguan jin dan syaitan. jadi, setiap kali bacaan dilaungkan, diharap semua pelajar boleh berkumpul di dorm masing-masing, menutup aurat dan membaca dengan penuh semangat, bertajwid dan bersama-sama. InsyaAllah biro pengawas akan menyediakan kertas Surah Al-Mulk untuk semua dorm. dahulunya, peraturan ini telah dimaklumkan namun belum dikuatkuasakan sepenuhnya. jadi, kami akan mencuba sedaya upaya untuk meneruskan usaha supaya murid-murid akan mematuhi peraturan ini.

bilik pengawas


Dari kiri, Syazwan, Fikri, Azmi, Hafizi, Din, Hadi, Amir dan Faiz


Dari kiri, Leha, Aida, Izzati, Syazana, Ahza(terlindung),Zahidah, Mahirah, Aini, Anirah.



Assalamualaikum pembuka bicara,
Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi untuk post kali ini. gambar di atas ialah gambar barisan pengawas Tingkatan 3 lelaki dan perempuan. Namun, terdapat beberapa orang yang tiada dalam gambar atas sebab-sebab tertentu. Saya juga ingin memohon maaf kerana barisan pengawas Tingkatan 5 tidak sempat diambil gambarnya kerana mereka sanagat siibuk dengan tugasan yang diberikan guru. Bilik pengawas sekolah masih belum diperbaharui kerana kesempitan wang dan masa. Tetapi, InsyaAllah, kami akan membuatnya secara berperingkat-peringkat. Bilik pengawas asrama juga masih tiada perubahan. Baru-baru ini kami baru membuat sedikit makeover terhadap bilik tersebut tetapi gambarnya masih belum diambil kerana masih belum siap sepenuhnya. Inilah gambar bilik pengawas asrama sebelum makeover tersebut.





Sistem pemeriksaan dorm kini sudah berubah. Semua hal-hal mengenai keceriaan asrama diserahkan kepada Majlis Ketua Dorm(MKD). MKD yang akan menyelaraskan semua perkara yang berkait dengan asrama. Alhamdulillah, kurang sikit tugas pengawas ni..hehe. Pengetua nak tekankan lebih pada pengurusan perhimpunan. Jadi, pengawas akan lebih mengetatkan peraturan semasa perhimpunan terutama dari segi kehadiran pelajar.


tinggal kenangan je fail markah dorm ni..semua diuruskan oleh MKD.

Setakat ini sahaja coretan saya kali ini. Bertemu kita di lain post. hehe. Assalamualaikum.

slot bersama pengawas




Kami dari Badan Kepimpinan Pengawas ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 4 yang baru kerana berjaya melayakkan diri untuk masuk ke SBPI Sabak Bernam. BKP telah membantu sedikit sebanyak dalam program MPSR tingkatan 1 dan 4 terutamanya ketika pendaftaran dan slot bersama pengawas. Di sini disertakan gambar kenang-kenangan ketika pendaftaran pelajar Tingkatan 1. Malangnya, kami tidak sempat mengambil gambar ketika pendaftaran Tingkatan 4 kerana terdapat sedikit masalah kritikal.







Alhamdulillah, pendaftaran berjaya dijalankan dengan lancar. Program seterusnya pula ialah program Nightwalk dan slot pelajar Tingkatan 1 bersama pengawas. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana gambar aktiviti bersama Tingkatan 4 tidak dapat disiarkan kerana terdapat sedikit masalah.




kak athirah aiman atas pokok abg akhiar sumpah cam pompuan..haha


pencerita terbaik... jgn la nangis lagi. lek ar.



ni sume hantu bertopengkan manusia.. haha


Dan sedikit bingkisan ketika biro-biro pengawas menjalankan slot bersama Tingkatan 1. slot sbersama tingkatan 4 pun tak dapat disiarkan atas sebab2 tertentu. harap maaf. adik-adik kat bawah ni semua kena kenal pasti biro2 pengawas dan membuat aktiviti yang disuruh.


cepat, masa nak habis dah ni.





sporting la adik-adik ni gembiranya adik-adik nih..



sekian sahaja pada kali ini. InsyaAllah, saya akan sertakan lebih banyak lagi info tentang pengawas pada masa akan datang. Assalamualaikum.

Facebook Twitter RSS