Sabers' Prefects. Powered by Blogger.

Nadwah Kepimpinan Islam 2010



Assalamualaikum.
Pada tahun ini, SBPI Sabak Bernam akan menjadi tuan rumah bagi Nadwah Kepimpinan Islam untuk tahun 2010. Seperti yang kita sedia maklum, banyak pembaharuan telah dilakukan oleh jawatankuasa HEM yang diketuai Ustaz Amir bin Berau bagi memastikan kelancaran program berprestij ini. Badan Kepimpinan Pengawas juga bertanggungjawab atas segala perubahan ini. Asrama, sekolah, kantin, surau dan kelas sedang dibaikpulih untuk memastikan kepuasan semua pihak. Kami BKP akan menunjukkan serba sedikit mengenai persediaan tersebut. Tetapi, kami akan menunjukkan kemasan yang dilakukan di Bilik Pengawas dan kelas sahaja.



pengawas sedang bekerjasama membuat hiasan Bilik Pengawas.


menghias merupakan satu profesionaliti perempuan


jadual dan info yang serba lengkap.


rajinnya pengawas perempuan ni.


pengawas tingkatan 5 yang turut bertungkus-lumus membuat carta organisasi pengawas.


muka-muka ceria walaupun penat


susunan kelas sebegini untuk kegunaan NKI


NKI akan diadakan bermula hari Khamis 18 Mac hingga 21 Mac 2010. Alhamdulillah, sekolah kita telah melakukan yang terbaik dalam menjaga kebersihan dan keceriaan. semoga imej sekolah kita sentiasa tinggi di mata mereka. saya memohon maaf kerana gambar yang kurang memuaskan dan tidak merangkumi semuanya. namun, ini sahaja yang boleh kami lakukan. kami berjanji akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. sebelum mengakhiri post ini, kami dari BKP SBPISB ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua wakil seluruh SBP Malaysia. jadikan NKI ini sebagai satu wadah ilmu untuk menempuh dugaan sebagai seorang pemimpin yang beriman pada masa akan datang. InsyaAllah.

Hari Terbuka Asrama


Assalamualaikum,

Alhamdulillah pada 6/3 yang lepas, SBPI Sabak Bernam telah mengadakan Hari Terbuka Asrama. Semuanya telah berjalan dengan lancar sekali. Semua pelajar dan guru memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program ini. Objektif utama program ini adalah menggalakkan pelajar berniaga dan mencungkil bakat murid-murid dalam perniagaan. Sebelum itu, mari kita lihat persiapan yang dibuat oleh semua pelajar sebelum Hari Terbuka Asrama ini. zass!!

potong baik-baik sikit.


kak syikin yang nak sangat masuk dalam blog. haha

do you smell what the rock is cooking?


eh, ni kenape tengok kamera pulak ni?

beza rajin dan malas.


Aktiviti bermula seawal jam 8 pagi. Aktiviti pertama ialah senamrobik yang diadakan di Dataran Informasi sekolah yang dikendalikan oleh pengawas sekolah. Sporting juga ya murid-murid kita ini. Mari kita lihat gambar-gambar yang disnap oleh jurugambar pengawas.

kenapa semua pandang kamera ni?


warm up dulu


pelajar tingkatan 5


pengawas yang sungguh berdedikasi


pelajar tingkatan 4


PKP kita yang turut membantu


Selesai aktiviti senamrobik, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar. Semua murid berpusu-pusu ke gerai jualan untuk membeli sarapan. Dek lapar, semua tidak dihiraukan. Nasib baiklah guna kupon. Kalau tidak habis duit dalam dompet. Haha. Mari kita lihat gelagat para pelajar membeli sarapan. Semua muka-muka lapar aje. Hehe. Tidak dilupakan juga DJ yang datang untuk memberikan halwa telinga dengan lagu-lagu yang sangat merdu. Para pelajar juga tidak melepaskan peluang menempah lagu untuk didendangkan di pembesar suara. 50 sen sahaja satu lagu.

lapar2..


"dik, nak beli ape?" penjual mithali.


pelajar sibuk memilih lagu


pengetua pun datang memeriahkan program



Terus ke makan tengahari. Pelajar semua mulai rasa lapar apabila terhidu aroma ayam, ikan dan telur yang sungguh menyelerakan. Kini, boleh dilihat ramai ibu bapa yang datang untuk memeriahkan lagi program ini. Semuanya melayan kerenah anak masing-masing. Ada juga bekas pelajar yang datang ke sekolah untuk berjumpa dengan adik-adik dan para guru. Abang Fakhruddin, abg. Taufik, abg. Kamil, kak Wirdah, abg. Syah dan ramai lagi.

gerai helium yang sangat menyelerakan


gerai radon yang lebih menyelerakan


aik, maskot pun ada...hebat

panjang rambut abg syah...haha


ex-ketua Badar, abg. zayani


Malam itu suasana lebih meriah dengan kedatangan kumpulan nasyid tersohor, Now See Heart. Mereka mendendangkan banyak lagu yang sangat harmoni didengar. Lagu Damai, Salaw

at, dan Damai Yang Hilang merupakan antara lagu yang diperdengarkan kepada para penonton. Pelajar SBPISB tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan mendapatkan autograf penyanyi tersebut. Ternyata mereka sangat peramah dengan para peminat. Nyanyian seperti inilah yang sepatutnya didengar oleh remaja namun mereka lebih menyukai lagu-lagu yang berentak syaitan dan tiada unsur nasihat di dalamnya.


malam masih dibuka

3 dara Helium

kumpulan Now See Heart

Now See heart bersama ustaz Ahmadi dan ustaz Amir

Now See Heart bersama Az-Zhafran

peminat dan Now See Heart


Sejurus selepas persembahan berakhir, tibalah masa untuk aktiviti terakhir untukhari ini iaitu cabutan kupon bertuah. Kepada yang Berjaya, tahniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik, tidak apa. Cuba lagi tahun hadapan.


cikgu hasfarina mencabut kupon bertuah


mereka yang kurang bernasib baik. macam orang nombor ekor pulak. haha



Sekian sahaja coretan daripada penulis kali ini. Hari Terbuka Asrama kali ke-8 telah Berjaya meninggalkan kesan yang sungguh mendalam kepada semua warga sekolah. Tahun depan kita tidak mengadakan Hari Terbuka Asrama, tetapi digantikan dengan Hari Kokurikulum. Hari Terbuka Asrama akan diadakan pada tahun 2012. Jadi, tunggu kedatangannya. Sekian, wassalam.d




Facebook Twitter RSS