Sabers' Prefects. Powered by Blogger.

kawad kaki peringkat daerah Sabak Bernam

pada 7 April yang lalu, sekolah kita telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan kawad kaki peringkat daerah. alhamdulillah. walaupun hanya NGO lelaki sahaja yang berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri, namun sekolah kita masih mendapat tempat. NGO perempuan, GO lelaki dan perempuan dan KRS perempuan telah memenangi tempat kedua manakala KRS lelaki hanya memenuhi tempat ketiga di belakang Simpang 5 dan SAM Batu 38. berikut disertakan gambar-gambar yang berkaitan dengan kawad kaki daerah :



KRS perempuan



NGO perempuan


GO lelaki


KRS tuan rumah



bersempena itu juga, BKP telah mengadakan jualan kecil-kecilan di hadapan Dewan Ibnu Khaldun. kami menjual air, sosej, nugget dan keropok lekor. slurpp....sedap kan?? kami mendapat keuntungan lebih kurang 150.


gerai KAMI

"eh, masaklah cepat" kak farah

"ee, sape busuk sangat ni??" kak siti.













Happy Birthday to our dearest Head Prefect

baju dibasuh pada malam hari jadinya. terjahan telur tidak dilupakannya.


Pada tanggal 30 Mac 1993, seorang putera telah dilahirkan dan diberi nama Akhiar. beliau telah bersekolah di sekolah rendah (err, tak dapat dikenalpasti) dan melanjutkan pelajaran di SBP Integrasi Sabak Bernam. beliau masuk ketika umurnya 13 tahun iaitu pada tahun 2006. dan pada tahun 2010, beliau menjadi ketua pelajar di sekolah ini. beliau merupakan seorang yang sangat berdedikasi dalam melaksanakan tugas. dan pada malam 30 Mac 2010, pelajar tingkatan 5 telah mengadakan 'row call' mengejut dan ketika beliau berucap di hadapan, tiba-tiba pelajar tingkatan 5 yang lain menyerbunya dan membalingnya dengan telur yang sangat menyucuk jiwa baunya. dan tersedarlah beliau bahawa beliau telah tertipu dan terpedaya oleh kawan-kawannya. kini, walaupin baju busuk berbaur tembelang, namun hatinya tetap gembira. kami dari BKP ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI KE-17 pada ketua kami yang tersayang. al sekian dan al tamatlah kisah. haha.




Facebook Twitter RSS