Sabers' Prefects. Powered by Blogger.

Selamat Datang Pelajar Tingkatan 4 Baharu 2012


assalamualaikum semua
di sini kami wakil Badan Kepimpinan Pengawas dan Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 4 yang baharu. ingat, inilah landasan yang Allah telah berikan kepada anda semua. jangan berputus asa. sentiasa berdoa dan inshaAllah, Dia akan sentiasa bersama kita. jangan mudah mengalah. marilah bersama kita menggapai kejayaan menaikkan nama sekolah dan sekaligus mengukuhkan diri sendiri untuk menempuh kehidupan yang mencabar. usah risau. pengalaman inilah yang anda harus kumpul dan tempuh kerana inilah pengalaman yang anda tidak mungkin dapat rasakan di sekolah-sekolah lain. pada awalnya memang susah untuk menyesuaikan diri namun selepas beberapa ketika, inshaAllah. semuanya akan berjalan lancar seperti biasa. jangan terlalu memikirkan bahawa anda keseorangan. anda perlu belajar cara bersosial dan mendekati masyarakat dan di sinilah pengalaman itu bermula. semoga tahun 2012 ini menjadi tahun terbaik bagi anda. rileks, kawan-kawan anda semua akan membantu anda. inshaAllah. :)

*LET'S HOLD HANDS AND STRIVE FOR EXCELLENT* 

Facebook Twitter RSS