Sabers' Prefects. Powered by Blogger.

Pembugaran Straight A's,Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013 dan Pelancaran Minggu Anti-buli

Assalamualaikum pembuka bicara...

Tanggal 30 Julai 2012 merupakan satu tarikh yang bersejarah bagi INTESABER.Dimana,berlangsungnya tiga majlis tahunan iaitu Pembugaran Straight A's bagi pelajar SPM dan PMR,Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013 dan Pelancaran Minggu Anti-buli.

Pembugaran Straigt A's SPM dan PMR
Majlis yang dikendalikan oleh Cikgu Saipul Bahri ini bertujuan untuk mengingatkan pelajar yang akan menduduki SPM dan PMR  tentang ikrar mereka semasa Program Straight A's pada awal tahun.Dalam majlis ini,pelajar SPM dan PMR melafazkan ikrar di atas pentas keramat Dewan Ibnu Khaldun bersaksikan guru-guru INTESABER dan pelajar yang lain.Bacaan ikrar tersebut diketuai oleh pengerusi Excel 5,Muhammad Syamil b. Salim.Diharap agar pelajar SPM dan PMR terutamanya Badan Kepimpinan Pengawas 2011/2012 agar dapat mencapai kejayaaan sekali gus menaikkan nama sekolah di mata masyarakat Malaysia.selaras dengan impian warga INTESABER 'The Best School In Selangor and One of The Best School In Malaysia'.

Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013
Acara tahunan ini dikendalikan oleh guru Badan Kepimpinan Pengawas,Cikgu Adyani.Majlis ini menampilkan pemimpin-pemimpin baru INTESABER.Dlam majlis ini Majlis Tertinggi Badan Kepimpinan Pengawas,Pembingbing Rakan Sebaya,Badan Dakwah dan Rohani,Pengawas Pusat sumber,Majlis Ketua Dorm,Pengawas SPBT,Koopian KOPISABER dan Jawatankuasa Quater Master.Lainnya pada tahun ini,majlis ini berlangsung awal bagi memberi peluang kepada Barisan Kepimpinan Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 untuk melakukan persiapan yang rapi bagi menghadapi SPM dan PMR.Sistem kepimpinan di INTESABER juga berubah apabila diberi nama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pengerusi Badan Kepimpinan Pengawas sebagai Ketua Umum.

Berikut merupakan Majlis Tertinggi Badan Kepimpinan Pengawas :-

          Ketua Umum                 : Muhammad Aiman Hisham b. Saiful Bahri
          Pen . Ketua Umum        : Nur Syahidah Chetak bt. Kamal Badri
          Timb Ketua Umum 1     : Muhammad Zikri b. Mohd Zamri
          Timb Ketua Umum 2     : Nurul Aini b. Omar
          Setiausaha                     : Nur Ain Anati bt. Mior Abdul Rahman
          Pen. Setiausaha             : Nur 'Aqilah bt. Shamsuri
          Bendahari                      : Mohammad Amin b. Azman
          Pen. Bendahari              : Nadia Faizah bt. Mohd Asri

Diharap tanggungjawab yang diberi dapat dilaksanakan dengan baik dan ucapan kepad Badan Kepimpinan Pengawas Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 'Semoga Berjaya Dalam SPM dan PMR'.

Pelancaran Minggu Anti-buli
Minggu Anti-buli ini dikendalikan oleh Ustazah Fatimah dan dirasmikan oleh Pengetua Intesaber,Encik Abdul Malek b. Haron.Program ini bertujuan menanam kesedaran dalam diri pelajar tentang keburukan buli.Dalam program ini juga,pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 didedahkan dengan kes salah laku buli yang boleh dibawa ke pihak polis oleh Sarjan Md Nor selaku Pegawai perhubungan Sekolah INTESABER daripada IPD Sabak Bernam.Impak daripada program ini,diharap tiada kes buli berlaku di INTESABER kerana ia bakal membawa padah kepada masa depan anda.



          







Facebook Twitter RSS