Nadwah Kepimpinan Islam 2010



Assalamualaikum.
Pada tahun ini, SBPI Sabak Bernam akan menjadi tuan rumah bagi Nadwah Kepimpinan Islam untuk tahun 2010. Seperti yang kita sedia maklum, banyak pembaharuan telah dilakukan oleh jawatankuasa HEM yang diketuai Ustaz Amir bin Berau bagi memastikan kelancaran program berprestij ini. Badan Kepimpinan Pengawas juga bertanggungjawab atas segala perubahan ini. Asrama, sekolah, kantin, surau dan kelas sedang dibaikpulih untuk memastikan kepuasan semua pihak. Kami BKP akan menunjukkan serba sedikit mengenai persediaan tersebut. Tetapi, kami akan menunjukkan kemasan yang dilakukan di Bilik Pengawas dan kelas sahaja.



pengawas sedang bekerjasama membuat hiasan Bilik Pengawas.


menghias merupakan satu profesionaliti perempuan


jadual dan info yang serba lengkap.


rajinnya pengawas perempuan ni.


pengawas tingkatan 5 yang turut bertungkus-lumus membuat carta organisasi pengawas.


muka-muka ceria walaupun penat


susunan kelas sebegini untuk kegunaan NKI


NKI akan diadakan bermula hari Khamis 18 Mac hingga 21 Mac 2010. Alhamdulillah, sekolah kita telah melakukan yang terbaik dalam menjaga kebersihan dan keceriaan. semoga imej sekolah kita sentiasa tinggi di mata mereka. saya memohon maaf kerana gambar yang kurang memuaskan dan tidak merangkumi semuanya. namun, ini sahaja yang boleh kami lakukan. kami berjanji akan memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. sebelum mengakhiri post ini, kami dari BKP SBPISB ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua wakil seluruh SBP Malaysia. jadikan NKI ini sebagai satu wadah ilmu untuk menempuh dugaan sebagai seorang pemimpin yang beriman pada masa akan datang. InsyaAllah.

Facebook Twitter RSS