Sabers' Prefects. Powered by Blogger.

Tamat tugas kami

Kenangan Pergaduhan

Kenangan SBT

kenangan pendaftaran form 1

kenangan baju korporat

Kenangan Hari Guru 2010

Kenangan Hari Terbuka Asrama

bermula minggu percubaan PMR dan SPM SBP, berakhirlah tugas kami sebagai pemimpin di sekolah. Badan Kepimpinan Pengawas kini diambil alih oleh bakal peneraju tampuk kepimpinan pada tahun hadapan, pelajar Tingkatan 4 dan 2. namun, kami diberi keizinan untuk memakai pakaian uniform pengawas dan baju korporat seperti biasa. terima kasih kepada pihak yang memahami keadaan kami. jazakumullahukhairon kathiro. bakal pengawas tahun hadapan menjalankan tugas tetapi masih memakai baju uniform putih sekolah. takpe, warna tak melambangkan personaliti. alhamdulillah, BKP 0910 berjaya menamatkan sesi tugas kami dengan baik. kami diberi pujian pada tahun ini atas tugas yang sangat efisien berbanding tahun-tahun sebelumnya. walaupun terdapat beberapa kesalahan yang telah kami lakukan, namun pihak atasan masih sanggup memberi peluang kedua. terima kasih diucapkan. semoga kami berjaya menjadi seorang pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang. kepada pengawas pelatih, buatlah kerjamu dengan penuh amanah dan tanggungjawab. semoga tahun hadapan menjadi lebih baik pada tahun ini.

p/s: sesungguhnya kaki seorang pemimpin, satu akan berada di syurga dan satu di neraka. jikalau mereka berlaku adil, maka masuklah ia ke dalam syurga. tetapi jikalau mereka zalim, nerakalah tempat kembalinya. (Hadith)

di sini kita dapat simpulkan bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang pemimpin. Amanah itu sangat berat. semoga kita berjaya mengharunginya dalam mendidik warga Intesaber untuk mengikut peraturan dan disiplin. inshaAllah.

Assalamualaikum warahmatullah. :))

Pemimpin perlu ada idea

“If you would not be forgotten, as soon as you are dead and rotten, either write things worth reading, or do things worth writing.” – Benjamin Franklin (1706-1790)

sememamngya kita nak menolak pendapat sorang pemimpin itu adalah bagus sekiranyya ideanya bertentangan dan juga tidak bernas ...tapi,kita harus faham pemimpin yang hanya punya ego namun x de idea yang lebih bagus ditolak...pemimpin jenis inilah yang akan memimpin kearah kebinasaan...

satu kata-kata dari Sheikh Mohammad al-Maktoum

“Setiap pagi, si rusa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan dibaham singa jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.

Setiap pagi juga, si singa akan bangun segera lalu terus berlari dan berlari. Dia harus terus berlari kerana dia tahu alpanya dia akan mengundang bencana. Dia akan kehilangan rusa dan mati kelaparan, jika lengah dan tidak peduli kepada datangnya pagi.

Sama ada kamu rusa atau singa, itu tidak penting. Apa yang utama ialah kamu harus segera berlari dan terus berlari lebih pantas dari sainganmu… untuk mencipta kejayaan.

Facebook Twitter RSS