Sambutan Hari Guru Intesaber 2012



selamat hari guru kami ucapkan kepada semua tenaga pengajar SBP Integrasi Sabak Bernam! tanggal 24 Mei yang lalu, Intesaber telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah 2012. projek ini telah menjadi projek sulung pengawas tingkatan tiga sama seperti tahun-tahun sebelumnya. pada tahun ini, satu perubahan telah dilakukan oleh KELSOF. acara sukaneka antara guru-guru yang menjadi tradisi telah diubah menjadi majlis konvoi guru-guru ke dalam kelas anak-anak muridnya. satu aktiviti yang begitu banyak mencungkil kreativiti murid-murid dalam menghiburkan guru-guru tercinta. biarpun sedang sibuk dihimpit kegigihan dalam menjawab Peperiksaan Pertengahan Tahun, namun para pelajar masih mampu memperuntukkan masa untuk mengatur dan menjayakan program ini. tidak dilupakan persembahan-persembahan yang amat memukau hati antaranya persembahan pantun oleh pasukan pantun Intesaber, deklamasi sajak oleh saudara Aiman Hisham dan nyanyian merdu duet Fadhil Arif dan Irfa Azuin. dan acara kemucak diterajui oleh persembahan terakhir daripada pelajar tingkatan 5 yang sangat menghiburkan dan penurunan banner Selamat Hari Guru oleh Zealousian. semua guru berasa terharu dan sebahagian komen menyatakan bahawa tahun ini merupakan sambutan yang paling hebat berbanding sebelumnya. tahniah, adik-adik pengawas tingkatan tiga. moga-moga usaha kita bleh ditingkatkan dari semasa ke semasa. inshaAllah. :)

Facebook Twitter RSS