baju korporat

assalamualaikum dan selamat sejahtera.
bertemu lagi kita dalam ruangan BKP untuk ini. untuk kali ini, kita akan melihat baju terbaru bagi pengawas SBPISB. berwarna putih dengan berjalur biru. ini merupakan pembaharuan dalam tampuk kepimpinan pada tahun ini. idea ini telah diketengahkan pada awal tahun oleh Akhiar. nampaknya pada tahun ini, pengawas bergiat sangat aktif. direka oleh Azamudden, dan ditambah dengan idea bernas oleh pengawas-pengawas lain, baju ini telah berjaya dihasilkan pada bulan April. kami mula memakainya pada bulan Mei. baju ini hanya dipakai pada hari Khamis sahaja. baju ini telah banyak mendapat pujian hebat daripada rakan-rakan dan guru-guru. ingin lihat? tengok gambar ini:



gambar ini f3 sahaja. sori, f5. hehe.


begitulah baju korporat kami. cantik bukan? hehe. insyaAllah. kita akan berjumpa di lain post. haha. sekian, terima kasih.


Facebook Twitter RSS