Hari Guru

BKP

selamat hari guru kami ucapkan kepada semua guru di Malaysia. kami menyanjungi jasa anda semua sebagai pendidik bangsa. tanpa guru, tiadalah pemimpin di dunia. semunya bermula dari guru yang mengajar kita ABC. kami BKP ingin mengucapkan tahniah khusunya kepada semua tenaga pengajar di SBPISB. tidak dilupakan juga selamat hari pekerja bagi semua kakitangan swasta atau kerajaan. makcik DM, operator kantin, kerani, tukang sapu dan pemandu SBPISB, kami BKP ingin memohon maaf jika ada tersinggung perasaan sepanjang perkhidmatan kami.

sambutan hari guru dan hari pekerja telah diadakan pada 17 Mei 2010. projek ini telah dikelolai oleh BKP tingkatan 3 dan turut dibantu BKP tingkatan 5. AJK dan murid2 semuanya bergotong-royong dalam menjayakan program ini. hiasan dibahagikan kepada kelas tingkatan 3, 2, dan 1. hiasan DM dan dewan besar diserahkan kepada calon pengawas tingkatan 2. manakala persembahan pula telah dijayakan oleh semua batch kecuali tingkatan 1. seawal jam 8 pagi, guru2 telah berkumpul di dataran informasi dan telah bermain sukaneka kecil-kecilan yang telah dibuat oleh BKP. kemudian, murid2 berkumpul di dalam dewan untuk menunggu acara kemuncak. VIP pada majlis kali ini ialah Yang Dipertua PIBG, Dato' Hj. Warno bin Dogol. dimulakan dengan ucapan daripada wakil murid, Mohd Akhiar bin Khalil, kemudian, ucapan perutusan daripada PK 1, Ustaz Ahmadi bin Abas dan Pengetua Cemerlang, Tuan Hj. Shaharuddin Mydin disusuli dengan ucapan VIP. acara simbolik pada hari itu merupakan kedatangan penunggang basikal, Hanis Afiq untuk membawa kek. terdapat banyak kek termasuklah kek yang disumbang oleh Yang Dipertua PIBG. kemudian, proses menandatangani tugu memorial oleh Pengetua Cemerlang kerana tahun ini merupakan tahun terakhir beliau sebelum mengundur diri daripada arena perguruan yang telah lama diceburinya. jasa beliau sangat dikenang pihak sekolah. selepas itu, persembahan daripada setiap batch pun bermula.

pelajar tingkatan 2 telah mendeklamasikan sajak berserta lakonan yang sunggu mencuit hati. pelajar tingkatan 3 pula telah menyanyikan 2 buah lagu indah berjudul Winter Sonata dan If I let you Go. walaupun terdapat masalah teknikal, namun persembahan itu berjaya menarik minat penonton. pelajar tingkatan 4 pula telah membuat persembahan boria diketuai Azarul Naim. persembahan mereka begitu rancak dan juga sangat menghiburkan. pelajar tingkatan 5 membuat lakonan yang sangat hebat dan amat mengagumkan.

semua guru diarak ke DM untuk jamuan makanan tengahari bersama para pelajar. hidangan pada hari itu amat menyelerakan dan sedap. dan dengan itu, berakhirlah sambutan hari guru SBPISB. alhamdulillah.

Ustaz Ahmadi membaca perutusan

pengetua berucap berlatarbelakangkan backdrop yg cantik

Yang Dipertua PIBG, Dato' Hj. Warno bin Dogol

guru2 menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia

persembahan pelajar tingkatan 3

boria pelajar tingkatan 4


setakat itu sahaja kali ini. kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua wakil pengawas F2 dan F4. semoga anda dapat menjalankan tugas dgn lebih baik pada thn hadapan. assalamualaikum.

Facebook Twitter RSS