Pemimpin? Mudah? Tidak sama sekali....

“Bro, aku rasa ko patut kurangkan kemesraan ko dengan kawan-kawan bukan muhrimla. Kurang enak rasanya tengok PEMIMPIN buat macam tu.”
“Sheikh, ana tengok anta ada satu tabiat yang kurang sesuai sewaktu bagi ucapan. Ana rasa anta patut kurangkan benda-benda macam tu. PEMIMPIN yang baik adalah orang yang percakapan dan butiran kata-katanya didengari dengan jelas dan senang hati.”
“Kawan, makan tu cover-cover la sikit. Gelojoh semacam je, ko tu PEMIMPIN. Jadi orang besar-besar ni kenala pandai mengawal diri. Biarlah menjadi contoh dan bahan rujukan. Bukannyadidengar ketika memberi arahan, tetapi diperlekehkan ketika luar dari bidang kekuasaan. Ko faham maksud aku?”
*******************************************
Pemimpin yang TIDAK BERSEDIA ditegur, TIDAK AKAN berubah walau seribu kali nasihat ditutur.
*******************************************
Siapa kata pemimpin itu selesa?
Siapa kata pemimpin itu ‘glamour’?
Siapa kata pemimpin itu bahagia?
Siapa kata pemimpin itu mudah kerja?
Pemimpin banyak tanggungannya. Banyak juga risikonya. Banyak pemerhatinya, banyak juga penegurnya. Adakah pemimpin sentiasa rela ditegur? Adakah pemimpin bersedia diatur? Tidak, jawapannya tidak. Sukar untuk ‘memimpin’ pemimpin.
“Siapa presiden baru persatuan tersebut?”
“Siapa Yang Dipertua baru kelab tersebut?”
“Si fulan. Dia tu berwibawa orangnya. Kami rapat dengannya, jadi tak perlu risau insyaAllah kami akan tegur dan nasihat apa-apa yang patut.”, jawab seorang aktivis agama bila ditanyakan siapa pemimpin di tempat/kawasannya.
**********************************************
Umara’ yang DIKELILINGI Ulama’ sangat berbeza dengan Umara’ yang BERSAHABAT dengan Ulama’.
**********************************************
Perbezaan terletak pada satu titik penting, KEIKHLASAN DALAM KEPIMPINAN. Seorang pemimpin yang IKHLAS akan mendengar nasihat dan teguran daripada orang di sekitarnya samada ia positif mahupun negatif. Seorang pemimpin yang ikhlas akan MENCARI DAN MENGHARAPKAN TEGURAN.
Kenapa harus mencari teguran?
Kerana ‘jurang perbezaan’ diantara seorang pemimpin dan orang bawahannya akan terbina secara sedar ataupun tidak. Seorang pemimpin akan berada pada ‘satu tahap’ yang berbeza berbanding orang bawahannya. Orang yang dipimpin tidak lagi boleh sesuka hati bercampur dan menegur, kerana yang memimpin perlu tunduk pada atasan yang mengatur. Jika tidak kerana atasan, mungkin kerana kehendak sendiri dan pilihan, untuk merasa diri bebas dari kesalahan. Jawatan dan kepimpinan akan menanam riya’ dan kesombongan. Akibatnya, pemimpin selesa di awang-awangan, yang dipimpin hanya mampu memandang dan menyimpan kekhilafan. Pemimpin harus selalu mencari nasihat, mencari tegur walau berpangkat. Ulama’ dijadikan sahabat, agama dijadikan penasihat.
Hilangkan takabbur, TURUNKAN EGO!
“Apa kekurangan ana sepanjang memimpin organisasi kita selama ini yang anta perhatikan?”
“Apa yang ko rasa aku tak patut buat dalam memimpin persatuan ni?”
“Pada pendapat awak, apa yang patut saya tambah dalam kepimpinan saya ini?”
Hanya dengan bertanya dan meminta, tidak bererti hilang wibawa.
Kalaulah megah dan darjat tanda berjaya, apalah nikmat diumpat dicerca.
APA KESALAHAN SAYA…
APA KEKURANGAN SAYA…
Ikhlaskan diri, mintalah ditegur.
Semuanya terletak pada dirimu, wahai pemimpin!

Facebook Twitter RSS