Pemimpin harus berilmu baru dihormati


memang ti dak dapat disangkal seorang pemimpin itu kadangkala banyak tugasnya sehingakan tidak cukup tidur. sebagai contoh pemimpin pelajar di sekolah menengah agama persekutuan kajang sendiri.memang kebanyakan pemimpin pelajar seringkali tidur lewat sehingga kadangkala menjejaskan kesihatan dan juga pelajaran.apabila ditanya guru-guru sebab musabab mendapat keputusan rendah dalam peperiksaan,jawapannya mudah,"banyak kerja la cikgu,almaklumla pp."



namun persoalannya sejauh mana kesibukan yang di alami oleh pemimpin pelajar itu sehinggakan mendapat gred rendah dalam peperiksaan. kata orang tepuk dada tanya diri. adakah sibuk kita ini umpama sibuknya malaikat menjalankan tugas-tugasnya ataupun itu hanya alasan yang hanya meniti di bibir demi menutup segala kekhilafan diri.sekali lagi,tepuk dada,tanya diri.lazy.png lazy image by Wicked_Seraph


bukan menjadi satu wadah penyebab diri kita lemah dalam pelajaran disebabkan menjawat jawatan seorang pemimpin pelajar.akan tetapi,punca utamanya adalah diri.sejauh mana diri kita ini engenal erti pemimpin jika perkataan pemipin itu kita jadikan alasan demi menutup kelemahan.sekali lagi,tanya diri sendiri.pernahkan diri kita ini mengenal sedalam-dalamnya maksud pemimpin itu.jika tidak jangan sesekali mentafsir jawatan pemimpin sebagai penyumbang kepada kejatuhan markah.1185143404447.gif jatuh image by johnterro
jika dikaji dengan teliti,punca utama adalah disebabkan diri sendiri yang hanya taksub memimpin tanpa mendalami terlebih dahulu ilmu-ilmu baik akhirat mahupun dunia.ini sebabnya yang menjadi faktor kejatuhan kuasa pemimpin dalam smap kajang.kononnya nak lahirkan pemimpin masa hadapan akan tetapi sedar atau tidak,nak menempuh masa hadapan perlunya ilmu.di sini jelas akan peri pentingnya ilmu itu dalam memimpin.
satu lagi perlunya ilmu dalam memimpin kawan-kawan kita.andaikata suatu hari ada kawan-kawan kita yang ingin bertanyakan sesuatu atau ingin menguji kita dengan menanyakan soalan dan akhirnya kita kita terlopong kerana tidak tahu akannya,ini secara tidak langsung akan menjatuhkan maruah kita selaku pemimpin.

'Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar) '

ana bagi satu contoh yang mudah mengenai seorang pemimpin yang terkenal dengan mazhabnya iaitu mazhab syafie. beliau ini memang hebat.pernah satu ketika apabila beliau membawa masuk ideologi mazhabnya ke dalam negera Mesir yang kebanyakannya taksub dengan ajaran imam Malik,menentang beliau dengan memberikan hujah-hujah yang hebat.akan tetapi,dalam kondusi imam syafie yang sakit dek tekena buasir,beliau dengan senang mematahkan hujah tersebut.pengajaran dari cerita tersebut,seorang pemimpin jika berilmu akan lebih mudah membalas segala hujah-hujah yang di keluarkan manusia lain.
holistiknya,pemimpin itu perlu berilmu kerana dengan ilmu pemimpin tahu segala-galanya.sedangkan cara memimpin pun dianggap ilmu,apatah lagi ilmu yang tersedia di depan kita seperi ilmu hadis, dan sebagainya. hanya tinggal masa untuk dijamah kia sahaja.sekian.wassalam

Facebook Twitter RSS