tentera Dajjal




'Mind Control'. Protocols of The Elders of Mindcontrol ini adalah senjata Dajal untuk merosakkan umat manusia khususnya umat Islam. Tanpa kita sedari 'senjata' ini menyusup masuk ke dalam kehidupan seharian kita. Anak-anak kecillah yang paling mudah untuk di'mind control' kan oleh mereka kerana minda mereka masih mudah untuk dibentuk. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pelbagai medium digunakan untuk menjalankan rancangan jahat lagi keji ini. Antara cara yang paling berkesan digunakan kepada kita semua khususnya adik-adik dan anak-anak kecil kita ialah melalui buku-buku, filem, televisyen, iklan, musik dan sebagainya dengan memasukkan mesej tersembunyi 'subliminal message'.

All Seeing Eye


666


Mc Donald Logo



Masih tidak nampak? Saya tolong putarkan 90 darjah. No 13.

SEX




Perasankah anda semua semakin hari moral remaja semakin rosak? Tidak perlu saya ulaskan di sini tentang keruntuhan moral remaja zaman sekarang kerana saya percaya anda semua tahu tentang perkara ini. Anak-anak luar nikah dibuang seakan perkara biasa dan seakan kita kembali ke zaman jahiliah! Kenapa perkara ini terjadi? Inilah penangan New World Order!

Bagaimana kawalan minda ini menjadi satu senjata ampuh untuk menjadikan seseorang itu tergolong dalam golongan mereka? Untuk menjawap persoalan ini kita kembali kepada asas diri kita. Dan semuanya berkaitan dengan
ROH kita. Saya sarankan anda menonton video di bawah ini untuk memahami perkara ini secara lebih lanjut. Alhamdulilah video dari Siri The Arrival ini telah disarikatakan Bahasa Melayu dan saya percaya tiada masalah untuk memahami mesej yang ingin disampaikan dalam video di bawah ini.



Untuk melaksanakan program ini, Dajal memerlukan pasukan tentera yang mantap. Antara organisasi dan individu yang terlibat dengan program ini ialah Central Intelligent Agency (CIA), Illuminati, Disney, Cisco Wheeler, Illuminati, Nickelodeon, Joseph Mengele dan banyak lagi. Program ini juga tidak terlepas dari penglibatan occult atau kegiatan kerohanian. Satanic Ritual Abuse (SRA), Illuminati occult, New Age occult, Yoga and Chakras, Secret Doctrin dan Necronomicon adalah antara occult yang terlibat dalam program ini.



Diharap dengan sedikit pendedahan tentang kawalan minda ini, anda dapat memahami sedikit sebanyak apa yang akan saya dedahkan selepas ini. Jika mahu diulas tentang program mind control secara menyeluruh, mungkin agak panjang kerana ia melibatkan banyak medium seperti filem, musik, iklan, buku dan segainya jadi elok kiranya untuk artikel ini saya ulas satu persatu bagi memudahkan anda semua dapat menerima maklumat-maklumat ini dengan lebih baik, tidak secara terkejut.

Dan apa yang mahu saya dedahkan kepada anda untuk kali ini ialah berkenaan mind control melalui buku-buku bacaan khususnya buku bacaan kanak-kanak yang sering dibeli oleh ibu bapa untuk anak-anak kecil tanpa mengetahui buku itu sebenarnya adalah alat untuk 'kawalan minda' Dajal. Pengalaman ini telah dialami oleh seorang kawan saya, yang juga adalah krew Free Our Mind.



Ceritanya bermula apabila bapa beliau secara tidak sedar telah membeli buku-buku tulisan Madonna untuk adiknya yang berumur 9 tahun. Seperti yang mana kita tahu Madonna adalah salah seorang 'tentera dajal' yang begitu berpengaruh di seluruh dunia. Madonna tidak menganut sebarang agama tetapi seorang yang percaya kepada Kabbalah. Apa itu Kabbalah?



Secara ringkasnya dan mudahnya Kabbalah ini adalah Sihir Kuno Yahudi. Berasal dari perkataan Ibrani iaitu 'qibil' yang bermaksud menerima dan Kabbalah bermaksud menerima dokrin okultisme (ilmu sihir) rahsia. Oleh kerana ditindas selama beribu-ribu tahun oleh bangsa lain, bangsa Yahudi telah mengamalkan sihir ini untuk mempertahankan kewujudan mereka meskipun bertentangan dengan akidah yang diajarkan oleh Nabi Musa a.s. Pada mulanya ajaran sesat ini disebarkan dari mulut ke mulut oleh pendita tinggi kepada ahli bawahannya tetapi selepas berakhirnya pemerintahan Rom ke atas Palestin mereka memutuskan untuk ditulis di atas papyrus berupa 'scrol' agar ajaran ini tidak hilang dan dapat diwarisi kepada keturunan Yahudi seterusnya. Dan kitab Kabbalah terbahagi kepada dua iaitu, 'Sefer Yetzerah' (Kitab Genesis, tentang Penciptaan Alam Semesta), dan 'Sefer Zohar' (Kitab Keagungan).

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Al-Baqarah 102





Berbalik kepada buku tulisan Madonna tadi, di dalam satu set, ada 3 buah buku yang bertajuk The English Roses, Mr. Peabody's Apples, dan juga Yakov And The Seven Thieves. Buku-buku ini adalah buku cerita kanak-kanak dan ianya telahpun masuk ke pasaran Malaysia. Dan apa yang membuat beliau kurang senang adalah buku Yakov And The Seven Thieves. Menurut beliau dari apa yang beliau baca, buku itu berkisarkan tentang seorang keramat kononnya yang mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan malaikat(angel). Mungkin ada unsur-unsur Kabbalah diselitkan di dalam buku ini. Berikut adalah kesimpulan kandungan buku itu hasil pembacaan beliau.

Yakov adalah seorang tukang kasut dan mempunyai seorang anak bernama Mikhail yang mengalami penyakit misteri, tidak dapat bangun malah langsung tidak dapat memberi apa-apa respon jika ditanya apa-apa. Jadi isteri kepada Yakov sangat sedih dan sarankan Yakov supaya berjumpa dengan seorang tua dipinggir kampung yang katanya boleh berbicara dengan malaikat. Maka Yakov pergi ke rumah si tua tersebut dan nyatakan hasratnya dan si tua kata Mikhail susah untuk diselamatkan kerana malaikat maut sedang menghampirinya. Namun dia berkata akan cuba untuk berdoa dan berbicara kepada malaikat untuk menyembuhkan Mikhail.

Keesokan harinya Yakov kembali ke rumah si tua untuk bertanya mengenai doanya. Dan si tua kata dia berdoa dan hampir sampai ke pintu syurga namun pintu syurga dikunci dengan ketat. Maka bermakna dia tidak dapat berbicara dengan malaikat. Yakov makin susah hati dan akhirnya si tua berkata dia ada satu cadangan dan menyuruh Yakov balik ke rumah dahulu dan orang tua menyuruh cucu nya kumpulkan 7 orang penjahat yg terdiri daripada penyamun,peragut,kaki pukul,gangster dan sebagainya datang ke rumahnya dan berdoa bersama supaya Mikhail kembali sihat.

Dan hasilnya Mikhail kembali sihat. Cucu si tua bertanya kenapa orang tua itu mengajak orang jahat supaya berdoa bersama dan si tua hanya berkata penjahat yang bagus memang pandai melakukan kejahatan dengan membuka segala jenis kunci ketika mencuri. Jadi kali ini mereka berjaya membuka pintu syurga dengan doa. Kiranya jika orang jahat berubah membuat perkara baik nescaya doa mereka mungkin didengar dan berlaku keajaiban. dan kemudian kunci syurga dapat dibuka dan si tua dapat berkata-kata dengan malaikat untuk menyelamatkan Mikhail.

Sekali baca mungkin anda mengatakan cerita ini ada pengajaran iaitu untuk menasihati budak jahat menjadi baik. Tetapi tidakkah kita terfikir jika cerita sebegini jika diceritakan kepada mereka, akan mengakibatkan kepercayaan mereka turut sama berubah? Apa yang tersirat di dalam cerita ini?

Adakah kita dapat menangguhkan kematian kita dengan doa penjahat sedangkan kita semua tahu bahawa kematian kita tidak diawalkan dan dilewatkan walau satu saat oleh Allah s.w.t.

Adakah kerana penjahat tadi pandai membuka pelbagai jenis pintu ketika mencuri, doa mereka dapat membuka kunci syurga?

Tidakkah semua ini MENGARUT dan jika dibacakan kepada kanak-kanak mereka akan terus percaya tanpa mempersoalkannya seperti orang dewasa. Inilah rancangan-rancangan jahat mereka yang telah dilaksanakan untuk kita. Jika kita peka dan tahu tentang rancangan-rancangan jahat ini, Insya Allah kita dapat menghindarkannya berlaku kepada kita, keluarga dan kawan-kawan kita.

Buku itu juga mengandungi lambang
'The All Seeing Eye'! Tidak percaya atau ragu-ragu? Saya sediakan bukti gambar-gambar di bawah yang diambil sendiri oleh kawan saya itu.















Facebook Twitter RSS