bilik pengawas


Dari kiri, Syazwan, Fikri, Azmi, Hafizi, Din, Hadi, Amir dan Faiz


Dari kiri, Leha, Aida, Izzati, Syazana, Ahza(terlindung),Zahidah, Mahirah, Aini, Anirah.



Assalamualaikum pembuka bicara,
Alhamdulillah kita dapat bertemu lagi untuk post kali ini. gambar di atas ialah gambar barisan pengawas Tingkatan 3 lelaki dan perempuan. Namun, terdapat beberapa orang yang tiada dalam gambar atas sebab-sebab tertentu. Saya juga ingin memohon maaf kerana barisan pengawas Tingkatan 5 tidak sempat diambil gambarnya kerana mereka sanagat siibuk dengan tugasan yang diberikan guru. Bilik pengawas sekolah masih belum diperbaharui kerana kesempitan wang dan masa. Tetapi, InsyaAllah, kami akan membuatnya secara berperingkat-peringkat. Bilik pengawas asrama juga masih tiada perubahan. Baru-baru ini kami baru membuat sedikit makeover terhadap bilik tersebut tetapi gambarnya masih belum diambil kerana masih belum siap sepenuhnya. Inilah gambar bilik pengawas asrama sebelum makeover tersebut.





Sistem pemeriksaan dorm kini sudah berubah. Semua hal-hal mengenai keceriaan asrama diserahkan kepada Majlis Ketua Dorm(MKD). MKD yang akan menyelaraskan semua perkara yang berkait dengan asrama. Alhamdulillah, kurang sikit tugas pengawas ni..hehe. Pengetua nak tekankan lebih pada pengurusan perhimpunan. Jadi, pengawas akan lebih mengetatkan peraturan semasa perhimpunan terutama dari segi kehadiran pelajar.


tinggal kenangan je fail markah dorm ni..semua diuruskan oleh MKD.

Setakat ini sahaja coretan saya kali ini. Bertemu kita di lain post. hehe. Assalamualaikum.

Facebook Twitter RSS