'indoor game' satu kemudahan atau kelekaan

assalamualaikum w.b.t.

di sini kami dari BKP ingin mempersoalkan tentang tindakan MKD membuat 'indoor game'. terdapat banyak permainan yang dibeli dan digunakan di asrama. contohnye seperti fussball, construct and destroy game dan sebagainya. namun, apakah kebaikannya lebih daripada keburukannya. kita sudah sedia maklum bahawa asrama adalah tempat untuk kita berehat. tetapi dengan adanya 'indoor game' ini, para pelajar menjadi agak leka dan khayal. saya sangat terkedu apabila para pelajar sanggup bermain 'indoor game' ini sehingga lewat malam walaupun esoknya hari peperiksaan. inilah yang menyebabkan pelajar sering penat kerana tidak mendapat rehat yang cukup dan sudah semestingnya akan menjejaskan prestasi akademik para pelajar. saya bercakap ini bukan untuk mengatakan bahawa ;indoor game' itu tidak dibenarkan tetapi pengunaannya seharusnya dihadkan. contohnya, para pelajar boleh menggunakan semasa hari minggu sahaja. dengan itu, ia tidak akan mengganggu masa rehat pelajar. harap MKD dapat mempertimbangkan cadangan saya ini. ini semua adalah untuk kebaikan kita bersama.

wassalam.

Facebook Twitter RSS