slot bersama pengawas




Kami dari Badan Kepimpinan Pengawas ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar tingkatan 1 dan 4 yang baru kerana berjaya melayakkan diri untuk masuk ke SBPI Sabak Bernam. BKP telah membantu sedikit sebanyak dalam program MPSR tingkatan 1 dan 4 terutamanya ketika pendaftaran dan slot bersama pengawas. Di sini disertakan gambar kenang-kenangan ketika pendaftaran pelajar Tingkatan 1. Malangnya, kami tidak sempat mengambil gambar ketika pendaftaran Tingkatan 4 kerana terdapat sedikit masalah kritikal.







Alhamdulillah, pendaftaran berjaya dijalankan dengan lancar. Program seterusnya pula ialah program Nightwalk dan slot pelajar Tingkatan 1 bersama pengawas. Sekali lagi, kami memohon maaf kerana gambar aktiviti bersama Tingkatan 4 tidak dapat disiarkan kerana terdapat sedikit masalah.




kak athirah aiman atas pokok abg akhiar sumpah cam pompuan..haha


pencerita terbaik... jgn la nangis lagi. lek ar.



ni sume hantu bertopengkan manusia.. haha


Dan sedikit bingkisan ketika biro-biro pengawas menjalankan slot bersama Tingkatan 1. slot sbersama tingkatan 4 pun tak dapat disiarkan atas sebab2 tertentu. harap maaf. adik-adik kat bawah ni semua kena kenal pasti biro2 pengawas dan membuat aktiviti yang disuruh.


cepat, masa nak habis dah ni.





sporting la adik-adik ni gembiranya adik-adik nih..



sekian sahaja pada kali ini. InsyaAllah, saya akan sertakan lebih banyak lagi info tentang pengawas pada masa akan datang. Assalamualaikum.

Facebook Twitter RSS