Bersiap sedia untuk tahun yang mencabar



salam semua~
ini merupakan wajah baru bagi blog rasmi Badan Kepimpinan Pengawas SBP Integrasi Sabak Bernam a.k.a. INTESABER. setelah lebih setahun berkubur, blog ini telah dihidupkan semula dengan tujuan untuk memudahkan penyampaian maklumat tidak kira kepada barisan pengawas, para pelajar, guru-guru, mahupun orang luar. aspek kepimpinan ini sangat besar dan kami pastinya tidak mampu untuk menjaganya sendiri. pastilah dengan sedikit pembaharuan tahun ini, inshaAllah tahun hadapan, perjalanan aktiviti pengawas akan lebih lancar di samping mencantas masalah disiplin dalam kalangan pelajar INTESABER. dengan ini, bermulalah tugas kami sebagai pemimpin yang akan berdiri gagah menjalankan tugas yang diamanahkan. bersama kita menuju kejayaan yang gemilang. Wee~


*selingan*

ucapan Ketua Pelajar Lelaki 2011/2012, saudara Muhamad Faiz Fahmi:
"Sebagai seorang pengawas, anda harus sedia menempuhi cabaran baik dari segi fizikal mahupun mental. Tidak dinafikan bahawa memang menjalankan tugas sangat sukar tetapi ingatlah rahmat Allah lebih elok didambakan. Dan ingat, we work not as a team, but as a family. Semoga kita berjaya melaksanakan misi kita dalam membentuk tradisi sekolah."

ucapan Ketua Pelajar Perempuan 2011/2012, saudari Aisyah Amna:
"Kepada semua pengawas, sempena tahun baru ini, jomlah kita sama-sama membanteras perosak disiplin. Gunakan cara yang baik dan berhemah. Ingat misi kita untuk membentuk tradisi sekolah."



 

Facebook Twitter RSS