Explanation Duty




Prep dan Pergerakan Pelajar
  • ·         Bunyikan loceng untuk pertama kali di asrama 10 minit sebelum prep bermula, loceng kedua akan dibunyikan 5 minit kemudian.
  • ·         Tepat waktu prep bermula,sesi meronda seluruh asrama dijalankan bagi memastikan tiada pelajar di kawasan asrama. Masa yang diperuntukkan untuk meronda hanya 5 minit.
  • ·         Mengejutkan para pelajar yang tertidur di surau.
  • ·         Bunyikan loceng di sekolah setiap kali bermula dan berakhirnya prep.(prep petang,malam,pagi)
  • ·          Bunyikan siren pada 6.25 p.m , padang mesti kosong pada 6.30 p.m, (tempoh masa 5 minit diberikan untuk pergerakan pelajar pulang ke asrama)
  • ·         Pengawas diminta untuk mengarahkan pelajar pulang ke asrama sekiranya masih berada di padang selepas pukul 6.30 p.m.
  • ·         Bunyikan loceng pertama pada pukul 7.00 p.m (solat maghrib),loceng kedua pada 7.05 p.m. pelajar wajib mengosongkan asrama tepat pukul 7.10 p.m, nama pelajar yang lewat dari masa yang ditetap kan akan di catat.
  • ·         Pengawas perlu berada di dewan makan pada pukul 7.00 p.m. untuk memastikan tiada pelajar yang masuk ke dalam dewan makan untuk makan petang.
  • ·         5 minit diberikan tempoh bagi pengawas untuk memastikan dewan makan kosong dan tepat pada pukul 7.05 p.m,tiada pelajar dalam dewan makan.



Barisan dan pengawalan pelajar
  • ·       Ambil kehadiran pelajar ketika perhimpunan(hadir= /,tidak hadir= 0,ponteng= P, wakil sekolah= W)
  • ·       Memastikan pelajar berbaris mengikut kelas
  • ·       Catat nama pelajar yang lambat
  • ·       Skuad rondaan ketika perhimpunan
  • ·       ‘Custom check’ bagi uniform sekolah dan kekemasan dilakukan dalam barisan.(selepas nyanyian lagu negara ku)


Perhimpunan dan pengurusan majlis
  • ·         Memastikan atur cara majlis berjalan lancar (buat pemeriksaan sebelum perhimpunan bermula.)
  • ·         Memastikan persembahan tetap dijalankan.(maksimum 5 orang)
  • ·         Prihatin tentang pengumuman.
  • ·         Melaporkan jika terdapat kerosakan pada peralatan yang digunakan dalam perhimpunan
  • ·         Bunyikan loceng perhimpunan
  • ·         Memastikan atur cara perhimpunan bergerak mengikut atur cara yang di jadualkan.
  • ·         Pengawas yang menguruskan P.A sistem(P.A sistem merangkumi radio dan mikrofon)
  • ·         Pengawas perlu menggunakan sepenuhnya bahasa rasmi dalam mengendalikan perhimpunan(contoh: Rabu-Bahasa Inggeris, Jumaat-Bahasa Arab)


Kebersihan,keceriaan dan keselamatan (3K)

·        Memberi markah mengikut panduan pemarkahan
·         Memastikan ketua dorm yang bertugas pergi ke perhimpunan.
·         Dorm atau kelas yang tidak mencapai tahap akan didenda
·         Pemarkahan 3k hanya dibuat sehingga pukul 7.20 a.m.(tepat pukul 7.25 a.m wajib berada di perhimpunan)
·         Mengumumkan pemenang bagi anugerah kelas terbaik setiap minggu. Bagi dorm, pengumuman akan dilakukan oleh Majlis Ketua Dorm.


berikut merupakan 4 duty harian utama yang telah dirangka dan ditambahbaikkan untuk tahun 2012. jadual akan di'setup' semula supaya memenuhi kriteria tugas yang digubal. semua pengawas diharap boleh memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tugas yang diberikan dan memaklumkan dahulu kepada ketua kumpulan jika tidak dapat menjalankan tugas. sekian, terima kasih. 

Facebook Twitter RSS