Selamat Tinggal, Ustaz Amir
Posted by
Intesaber Prefects
Friday, December 23, 2011 at 3:12 AM
1 comments
Labels :
Guru
Pada tanggal 10 jan 1970, telah lahirnya seorang hamba Allah yang membawa penyinar kepada seluruh warga SBPISB. Beliau merupakan anak paling bongsu dalam susur galur keluarga beliau. Namun begitu, beliau tidak seperti anak-anak bongsu yang lain. Manja, mudah merengek mahupun merajuk. Beliau merupakan seorang yang kuat dan tabah. Tidak tumbang apabila dimarahi, tidak melenting apabila diperli mahupun terasa apabila dilupai. Beliau cukup cekal menghadapi hari muka. Meskipun hidup dalam kesusahan, beliau tidak pernah menjadikannya alasan untuk gagal dalam pelajaran. 4A 1C dalam penilaian darjah 5 , 9A dlm SRP dan 12 agregate dalam SPM membuktikan bahawa kesusahan bukan penghalang baginya. Berprinsipkan ‘ Bantu Orang Lain untuk Bantu Diri Sendiri ‘, beliau berjaya membentuk diri beliau untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat sehingga melayakkan diri beliau untuk menjadi Presiden Dewan Tertinggi pelajar KUSZA. Bukan itu sahaja, Komandan PBSM , Komandan Simpanan tentera darat platun KUSZA dan YDP persatuan Pengajian Islam KUSZA juga digondolnya. Beliau cukup hebat. Prestasi yang beliau pamerkan melayakkan diri beliau untuk menjejakkan kaki di Universiti Al-Azhar,di Kaherah, Mesir. Untuk makluman anda semua, bukan calang-calang orang boleh pergi ke Universiti Al-Azhar. Orang yang hebat sahaja boleh pergi ke sana. Kehebatan beliau jelas kelihatan apabila beliau berjaya meraih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak dua kali pada 2001 dan 2003 dalam perkhidmatannya sebagai seorang guru. Dan sekarang beliau menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan HEM Gred 44.Beliau telah pun mendirikan rumah tangga bersama wanita yang dicintai iaitu Ustzh Raja Fatimah binti Raja Abdul Rahman dan beliau telah dikurniakan 5 orang cahaya mata yang comel dan pintar. Segala budi dan bantuan serta bimbingan yang beliau curahkan tidak mungkin dapat dibalas dengan harta dan wang ringgit. Semoga Allah sentiasa berkati dan meredhai kehidupannya dan keluarga di dunia mahupun di akhirat. Hilangnya seorang guru yang sangat berdedikasi dan dihormati dalam kalangan guru dan pelajar di INTESABER. Selamat tinggal, ustaz. Jasamu akan kami semai dalam ingatan.
1 comments:
- Unknown on November 21, 2012 at 9:02 AM said...
-
Sudah lama saya cuba menjejaki Ustaz Amir. Beliau merupakan kaunselor/warden/Ustaz yang sangat disegani dan disayangi di bekas sekolah saya. Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sabah. Boleh saya tahu di mana beliau sekarang?
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)